KEPUTUSAN UPKK TAHUN 2019

Keputusan UPKK yang sangat membanggakan dan cemerlang bagi Tahun 2019. Kejayaan anak-anak adalah kejayaan kami juga. Dengan kejayaan ini telah menunjukkan bahawa guru-guru telah bertungkus lumus memberi pendidikan yang cemerlang kepada anak murid mereka dan memberi tunjuk ajar yang sangat baik.

Majlis Khatam Al- Quran dan Anugerah Kecemerlangan 2019 telah disambut di DEWAN MATAHARI bagi meraikan kejayaan anak didik di SRI AS-SAKINAH. Semoga mereka menjadi pelajar yang cemerlang dan anak yang solehah kepada ibubapa serta apa yang dipelajari dapat dipraktikkan dan terus istiqamah . Selamat Maju Jaya As-sakinah dan Anak didik 2019.

” CARILAH ILMU HINGGA KE MENARA GADING. ILMU ITU PERLU DICARI DAN DIKAJI”

SALAM MAJU JAYA